Ramai yang fokus menyimpan dan melabur, tapi lupa satu asas penting dalam kewangan Islam iaitu Zakat. Ia bukan sekadar kewajipan, tapi juga satu bentuk pembersihan harta dan pembuka rezeki.

Kenapa zakat penting untuk kestabilan kewangan?

  • Ia bantu melatih kita berdisiplin memberi pada yang memerlukan
  • Menyucikan harta daripada unsur tidak berkat
  • Menyeimbangkan kekayaan dalam masyarakat
  • Jadi pelindung daripada bala dan kesempitan rezeki

Zakat bukan hanya untuk yang “terlalu kaya”. Jika harta, emas, simpanan, atau saham anda melepasi nisab, maka ia wajib ditunaikan.

Pelaburan Patuh Syariah Makin Mudah

Kini rakyat Malaysia semakin cakna soal pelaburan halal. Peluang melabur patuh syariah lebih meluas dengan adanya:

  • Unit amanah Islamik – Contohnya daripada Public Mutual, BIMB Investment
  • Saham patuh syariah – Disenaraikan oleh Suruhanjaya Sekuriti
  • Tabung Haji & ASB-i – Alternatif simpanan dengan dividen halal
  • Platform robo-advisor Islamik – Seperti Wahed Invest dan BEST Invest (BIMB)

Melabur secara patuh syariah bukan sahaja elak unsur riba dan gharar, malah memberikan ketenangan jiwa.

“Kesihatan dan keluarga adalah keutamaan.
Kanz Prihatin ada di sisi anda dengan pembiayaan
yang ringankan beban perbelanjaan harian dan
keperluan kesihatan.”

Kombinasi Zakat & Pelaburan: Strategi Kewangan Berkat

Bila kita gabungkan pelaburan dengan amalan zakat, kita bina sistem kewangan yang bukan saja menguntungkan, tapi juga berkat. Antara strategi yang boleh dipraktikkan:

  • Jejak jumlah pelaburan anda dan kira zakat yang wajib dibayar
  • Pilih pelaburan yang sediakan laporan zakat seperti Tabung Haji atau ASB-i
  • Jika pendapatan daripada pelaburan, asingkan 2.5% sebagai zakat pendapatan
  • Gunakan kalkulator zakat daripada institusi rasmi seperti LZS atau PPZ

Bila zakat dilunaskan, pelaburan akan lebih tenang dan insya-Allah diberkati.

Kesimpulan: Untung Dunia, Tenang Akhirat

Gabungan kewangan dan nilai Islam bukan perkara asing, malah ia adalah asas kukuh dalam membina masa depan yang stabil. Melabur secara patuh syariah dan melunaskan zakat bukan sahaja mendidik hati, malah mengukuhkan ekonomi umat Islam.

Kalkulator Zakat
Pendapatan

Kalkulator Zakat Pendapatan membantu
anda mengira zakat tahunan dengan mudah,
tepat dan mematuhi garis panduan syariah.

Kiraan Zakat Pendapatan

Tahun / Haul

2025

Amaun Nisab

RM 29,740.00

Jenis Kiraan

Dengan Tolakan

Maklumat Pendapatan

Jenis Pendapatan

Bulanan

Pendapatan Bulanan

RM 3,000.00

Pendapatan Lain

RM 36,000.00

Pendapatan Lain

RM 500.00

Jumlah Keseluruhan

RM 36,500.00

Maklumat Perbelanjaan Tahunan

Diri Sendiri

RM 0.00

Isteri

RM 0.00

Anak Berumur Bawah 18 Tahun

RM 0.00

Anak Berumur Lebih 18 Tahun (Belajar)

RM 0.00

Ibu Bapa

RM 1200.00

Potongan KWSP

11%

Potongan KWSP Kiraan Setahun

RM 3,960.00

Perbelanjaan Tahunan Pendidikan Sendiri

RM 0.00

Jumlah Perbelanjaan Tahunan

RM 5,160.00

Jumlah Zakat Pendapatan

Jumlah Pendapatan Layak Di Zakat

RM 36,500.00

Caruman Berzakat

RM 0.00

Jumlah Ditolak Dari Caruman Berzakat

RM 0.00

Jumlah Zakat Setahun (2.5%)

RM 783.50

Jumlah Zakat Bulanan

RM 65.29